Saturday, November 26, 2011

Antara benda penting selepas Wiring

Kata orang dan melalui bacaan kat blog2 orang pasal pindah umah ni memang duit mengalir cam air.. ish ish ish ish.. air pasang malam surut pukul 5. ha ah cam tu lah lebih kurang baru pasang dah surut dahhh kah kah kah... Walau pun belum ada umah tapi aku tetap suke buat bajet.. kalau tanya aku ni siapa kenal aku ni lah.. dorang tahu aku bab bajet ni memang selalu jek ada.. sebab bajet ni banyak membantu kita capai matlamat kita... Aku penah jumpa orang nak kahwin tapi takde buat bajek kahwin... aku lak berbeza kot ke sama jek?aku dari nak buat lesen kete sampailah ada kete sampailah nak kawen sampai lah nak sambut anak lahir apa segala bala aku ada bajet...bajet ni memabntu kita.. samada kita nak buat pilihan yang lebih murah atau yang lebih mahal samada yang jimat atau pun yang membazir.... quote aku " Biar menang memakai".

Hah sebenarnya korang lom nengok aku kalu buat bajet.. huhuhuh segala pelusuk ceruk rantau aku akan daki untuk dapatkan harga termurah dan berbaloi dnegan apa aku nak... siapa kenal aku lama secara personel dia tahu aku camne... sama cama ku wat reasearch nak gi melancong sume tu aku suke buat camtu..biar aku gi dengan rege yang berbaloi2. Sebab tu kadang2 kalau aku nak tahu tu aku email, call inbox chat ngan orang yang ada pengalaman tu biar aku dapat harga terbaik. kecik ke besau ke tak penting yang penting korang rasa selamat kat dalam umah tu...

Anggaran Bajet untuk grill Wrought Iron. Grill gambo kat bawah ni memang lah impian aku... tapi impian tu kenelah selari ngan kemampuan ye puan wana.. kah kah kah..kalo tak mampu pepandailah bajet ikut mana mampu..


Main door: 3' x 8' - 24 kaki x RM 20 = RM 480/ RM550
2 pintu = RM1,100

Window : 4' x 8' - 32 kaki x RM 16 = RM 512 / RM 550
RM550 x 3 tingkap = RM 1,650

Window toilet :3'x 3' - 9 kaki x RM16 = RM144/RM 150
RM150 x 2 tingkap = RM 300

Main Gate: RM 2,000


Apa pun ini semua hanyalah Impian!!!
Alah janganlah marah... apa salahnye kita berangan... kan mana tahu tetiba angan2 tu jadi kenyataan insyallah.. tahniah Kat semua yang dah ada umah syurga untuk keluarga korang... camtu jugak aku.. insyallah..












No comments:

Post a Comment

Celoteh anda

Anda Mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails