Wednesday, November 24, 2010

ANNIVERSARY KAMI YANG KE 3

Alhamdulillah hari ni genaplah 3 tahun usia pernikahan kami. Selama bersama seingat saya yang makin pelupa ni belumlah perang ke apa ke.. sebab suami saya banyak mengalah. Saya juga
sering meminta maaf jika saya melakukan kesilapan.. Setakat ini kami suami isteri mengambil berat dan bertanggungjawab diatas urusan rumahtangga. Kadang kala saya rasa takut.. Jikalau selepas ini rumahtangga dilanda badai atau apa pun... Percaya atau tidak setiap rumahtangga sering menghadapi masalah sosioekonomi diawal perkahwinan begitu juga kami. Se awal tahun pertama bersama Izz Zaharin masalah itu juga timbul.. namun kami berusaha menangani nya alhamdulillah.. saya dipertemukan dengan perniagaan Hai O marketing. Walau saya belumlah dikategorikan hebat namun saya bersyukur sebab perniagaan itu berjaya menampung kehidupan kami. paling penting saya gembiree.. melakukannya..

Adakala timbul rasa takut.. adakah belum tiba lagi ujian getir dari Allah S.W.T keatas perkahwinan kami atau kami sendiri secara tak snegaja telah berjaya menangani nya.. saya tak pasti.

Untuk anniversary kali ni kami bercadang keluar makan sahaja pada esok hari.. dah plan ngan husband esok suruh dia bercuti nak gi celebrate.. heheheh dekat jek pun bukan jauh.. hehehehe nakan yang boleh dimakan hehehe dan lepas tu shopping barang rumah sikit.. nak mendeco bilik tidur sempena nak berpantang sendiri dirumah.. mende yang paling saya ambil berat dalam rumahtangga kebersihan bilik tidur, bilik mandi dan semualah... saya suka berada diruang yang selesa dan bersih.. dan ia mendamaikan... Walau bagaimana pun tak tahulah macam mana keadaan rumah nanti lepas dah anak 2. so far kalau Izz zaharin apa je barang yang diletak baik kaca atau pun apa sahaja memang dia tidak akan usik sejak kecik melainkan barang dia sendiri.. dan paling penting dia akan meletakkan kembali barang permainannya ketempat yang asal.. alhamdulillah....

Jika ditanya saya sangat bersyukur diusia perkahwinan kami yang ke 3. semogadiahadapan kelak Allah S.W.T sentiasa melindungi perkahwinan kami. dan saya berdoa agar suami saya sentiasa menyayangi saya, anak-anak dan keluarga saya serta bertanggungjawab. amin...

Untuk suami saya:
Terima kasih sebab sentiasa cuba dan membahagiakan hidup wana dan Izz zaharin. Terima kasih sebab mengutamakan kami dalam segala hal serta urusan. terima Kasih sebab sentiasa menyayangi kami.. Terima kasih sebab banyak telah bekorban masa, wang dan segalanya untuk kami. Semoga kehidupan kita akan sentiasa dirahmati allah S.W.T.

Yang menyayangi abang/papa
Mama dan Izz zaharin

Kad paling mantop RM0.25 sen jek hehehe
sume yang aku suruh teka kata RM1.60 time zaman ni lah.. hahaha.. Itulah dia nursalwana haji tamin kalau bab membeli sampai ke ceruk rantau dia carik paling murah... dan berkualiti

Berdebar-debar saya time ni
Alhamdulillah..

senyumlahhhh...

Chang Jin dengan adik badik pompuan nye.. huhuh chang jin lah sangat

Brotherhood.. adik badik lelaki Mohamad zaidi


2 comments:

  1. HAPPY ANNIVERSARY UTK KO DAN SOMI...SEMOGA KEKAL BAHAGIA FOREVER AND EVER...

    ReplyDelete
  2. happy anniversary buat sahabatku wana...

    ReplyDelete

Celoteh anda

Anda Mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails