Monday, June 27, 2011

Izz Zaharin ( Abang Izz) Anak Bujang mama


Dulu ingat lagi masa peknen Iedris Bazly orang suka kata "Hah nanti ada adik Izz ni takdelah manja2 lagi ngan mama dia"Aku cam buat muka pelik??? kenapa pulak? dia kan anak aku Izz Zaharin ni permata sulung aku lak tu...kenapa dia takleh manja ngan aku lagi lepas ada adik? Hairan sendiri tapi aku anggap dan ambil benda tu sebagai petunjuk jek sambil cakap dalam hati aku takkan jadi cam orang lain yang kata bila ada adik yang abang2 atau akak2 akan jadi mengada2. Buat pegangan sebab masa tu takde pengalaman lagi ada anak 2 orang atau lebih.

Alhamdulillah menjelang Iedris Bazly 5 bulan ni aku masih sayang kan Izz sama cam sayang kan Bazly, kisahnya aku masih menyayangi Izz Zaharin Macam dulu dan Izz Zaharin pula sangat membantu aku dalam menjadi seorang abang pada Iedris Bazly. Mungkin sebab Iedris Bazly masih kecil aku lum nampak ;lagi belang Izz Zaharin mungkin tunggu Bazly 1 tahun atau lebih akan nampak kot sikap yang sering orang perkata tu.Dari kecik aku latih Izz Zaharin memeluk orang yang dia buat salah dan mintak maaf. emmm aku tak ajardia salam kalau buat salah hahaha aku ajardia peluk.. kalau salah dia perlu peluk orang tu... hehe nanti lah aku tukar tune tu.. Sampai umur2 tahun 10 bulan Izz masih praktikkan cara tu. Kalau dia buat salah dengan aku dia akan peluk aku sambilcakap "Ma maaf ma.." atau pun "Ma..saya maaf ma". sambild ia akan berusaha untuk memeluk aku... dia tahu kalau aku tak balas pelukan dia bermakna aku belum maafkan dia... maka dia akan ambik dua tangan aku paksa aku peluk dia...heheheh masa tu sejuklah hati seorang mama kan marah camne pun???owh sebelum tu Izz menggunakan kata ganti nama diri Saya dan awak dalam perbualan. heheheheh mama dia yang ajar anak2 buah aku kata cam pelik jek Izz cakap saya dan awak.


Kata akak aku anak anak kau baik2 je semua untung kau... aku pun tak tahu nak bezakan sebab aku baru jek membesarkan anak mungkin lah dorang baik dan dengar kata terutama Izz Zaharin. Yang pasti pada awal tahu mengandung aku akan baca ayat suci alquran dan kalau aku tak sempat atau tak dan aku akan yang 24 jam ngadap pc ni akan pasangkan alunan alquran sebab kata orang apa yang ibu dnegarakan sampai kepada janin didalam perut.so aku anggap itu adalah salah satu sebab. kenyataannya aku bukan jenis macam tu hahahaha tapi sebab anak2 dan bayi kandungan mama/ibu/mami akan lakukan yang terbaik untuk anak2 tul tak?

Pagi2 dia akan tolong aku kemas katil sambil cakap " Kemass!!! kemas!!!... ma saya kemas ma". aku tetibe rasa dia cam dah besar panjang. oleh kerana aku dirumah memanggil anak-anak aku selain daripada nama penuh aku akan memanggil dorang dengan nama SAYANG
Benda tu buat Izz zaharin terikut2. kalau aku terlanggar apa2 sambilcakap "Aduiii!!" Izz akan lari kat aku sambil usap2 bahagian yang aku pegang sebab terlanggar tu.. sambil cakap "Nape sayang???". sampai hari ni aku akan rasa nak tergelak bile dia cakap camtu.Terbaru aku tersepit kaki aku kat pintu sambilpegang jari kaki aku usap2. diapun lari kat aku sambil tunduk sujud dan tiup ibu jari kaki aku dan word dia paling penting "Nape sayang?".. sangat jelas perkataan tu yang buat korang tak tahan nak gelakk.. kekekekeke.

Betul tak bila anak korang jatuhkan air ke tumpang kan nasik ke? sepah kan umah ke? koranga kan menjerit marah????. Hehehehe aku tak tau lah nape aku tak camtu ngan Izz zaharin? maybe sebab aku suka mencuba sesuatu yang baru.. teori aku sendiri Izz Zaharin bila dia buat salah tertumpah air ke terbuat2 apa lah yang rekleks nye kita akan marah aku hanya diam dan aku akan betulkan dan lap benda yang dia sepahkan atau tumpah kan. kebiasaannya Izz yang buat salah akan tengok muka kau tengok reaksi aku dia tak snegaja buat salah, walau pun mama kata "elok2 nanti tumpah" aku biasanya akan lap dan kata "takpe kita lap je ok..." dia pun
"Oklah ma" sambil angguk dan ambil balik cawan yang terjatuh atau apa yangd ia sepah. jadi kisah nya sekarang kalau dia tertumpah air atau apa2 lah yang mengotor kan lantai ke buang barang ke apa lah.. dia akan cakap sendiri " TAKPE KITA LAP.." sambil dia lari ambil kain lap... tapi sebab mama dia suke lap memenda tu ngan kain dalam bakul kotor dia pun ambillah kain dalambakul kotor tu kakakaklap... sebenarnya aku tak ajar pun hehehehe semuanya dia belaja sendiri.


Maka kisahnya itulah perkembangan anak bujang aku yang bakal mencecah umur 3 tahun pada 13 ogos 2011 ni..

Pesanan buat izz Zaharin.
" Izz zaharin awak memang anak mama yang baik dan abang Iedris Bazly yang penyayang dan protected mama harap awak kekalkan sikap awak ni sampai awak besar nanti dan jaga adik2 awak macam mana sikap awak hari ini menjelang umur awak 3 tahun..mama tahu awak seorang yang baik, penyayang macam papa awak, penggeli cam papa awak jugak, hehehe apa yang macam mama ye??? orang kata muka awak iras muka mama jadi awak kene terus dan kekalkan sikap awak ni ok??? mama & papa sayang awak...jaga peribadi dan tuntut ilmu yang baik..

akhir sekali AWAK LAH ULTRAMAN PAPA,MAMA & ADIK2 AWAK "



Thursday, June 16, 2011

Semalam di Seri pentas


Semalam kami ke Seri pentas kami (Me & Siti Nazira) nak berkongsi pasal produk Premium beautiful dengan pembaca berita TV9 Azura Abu Samah. Orang nye sangat lah cantik tinggi melampaiii... sangat ramah dan rendah diri itu sudah tentu. Apa lagi tak cukup?? hah dia rasa tak cukuplagi selagi tak bertukar kepakaian dalam paling berprestij PREMIUM BEAUTIFUL. So datang kami kesana. Nak tergelak pun ada..aku tak perasan sebenarnya penampilankami ni dah ala2 nak gi Audition pengacara ke pemberita ke kat Seri Pentas kakakak sampailah si Nazira yang dah biasa dnegan Dunia Media penyiaran yang mention. Terus aku termalu tetunduk2.. kah kah kah aku pemaluuu auwww... tapi kisahnya kami kalau keluar meniaga baju dalamni memang suke lah melaram maklumlah surirumah waktu nak melaram jumpa pelanggan jeklah.. kah kah kah seronok ko.... Takde lah jadi surirumah duk umah jek kusut masai kekekeke. Suri rumah zaman sekarang semua pandai buat duit kan? bagus...

Masa kami sampai tu kul 12 Azura tengah baca berita jam 12 so memula nak menjengah orang tengah live Wanita Hari ini tapi tak jumpa pintu kekekeke so lepakjeklah dulu kat tempat menunggu.Jumpa lah 2 3 artist hehehehehe Artist pun tengok kami teteleng bukan kami tengok artist teteleng agaknya dalam hati dia.. sapalah minah 2 ekor ni kemain lagi kiri kanan beg kikikikikiki...So akhirnya Azura habis baca berita.

"Eh u all nak kemana ek lelawa camni?.." kami gegelak...sebab nya kami kalau jumpa orang meniaga memang camni.Azura faham maksud gelak kami." Oooo memang camni ek kalau jumpa customer.. huyoo best lah..buat MLM pun gaya wanita kororat bekerjaya korang ek..best nye" hehehe dia suka maknanya. Lepas tu kawan baik Nazira pulak habis shoot.dia salam2 pastu tanya gak."nak kemana lawa2.." kami senyum simpul sampai afrika... agaknya sebelum ni kebanyakan yang dorang jumpa tu penjual barangan MLM macam mana lah yang diorang nampak atau bayang kan?

Maka teruslah kami ke toilet berdekatan ukur badan azura semua.. hehehe dia ok macam kekita gak.. hehehehe aku yang 1st time jumpa rasa cam dah lama kenal pulak.. si Nazira haruslah kenal rakan setugas dia dulu.... Budak nye sangat cantik.... masa aku tengok dia nak tolak pintu bilik berita TV9 perghh cun nye.. tapi masa dah habis jek berita dia terus tanggal make up.. dorang tak suka make up sangat kot para2 selebriti ni kan? aku ngan nazira ada satu chemistry kekekeke yang kami pun nak tergelak bile cerita sama jek apa kami fikir lebih kurang kalau tak pun kadang colorkami suke pun sama kekekeke rerupenya tarikh lahir dedekat jek.. macamaku nye besday ngan Jue biskut julies pun dekat gak hihihihi.

Nazira dia memang cun lah ...kalau korang jumpa kat dalam internet ni jek memang tak puas kene tengok live memang dia cun malah sangat kurus lepas pakai PB.. hehehe.Aku ngan Nazira hari tu memang enjoy habis.. nazira berjaya jual banyak set secara cash semalam. hahaha suke hati awak ye Nazira... saya pun suke tengok awak yang ikut sahaja apa saya ajar.. awak memang akan cepat berjaya.

Sebenarnya aku ngan Nazira masih mencari2 lebih ramai rakan kongsi yang nak sama2 berjuang macam kami sambil melaram2 dan meniaga sambil shopping2 auwww.. korang nak tak? tak nak? rugiii bukan kene hehari... pun kekekeke sonok suke suke kan nazira? Kalau korang berminat nak tahu jom calling lah saya wana:019-2557477.. atau ke BIOCANTIK

Korang dah gi Seri Pentas kene lah ketik gambo kan?? masa ni ada satu rombongan makcik2 baru keluar dari Seri Pentas
Siti Nazira salah seorang rakan Kongsi saya yang paling fighter.. dengan RM30 sahaja dia berjaya menjual dalam satu bulan 5 set PREMIUM BEAUTIFUL. Secara cash. Bulan ni pulak jangan lah nak cerita...Kini dengan modal serendah RM30 beliau berjaya... saya sangat bangga dengan dia..

Inilah Azura Abu Samah pembaca Berita TV9... Next lagi pengacara popular Media Prima bakal menukar baju dalam biasa ke baju dalamBerprestij PREMIUM BEAUTIFUL.
Bekas Rakan Setugas bersatu lagi
campolos jek Azura kat tengah2 tu
azura kata kalau dia berjaya keep ft & firm dengan PB dia akan kenalkan kami dengan semua kawan2 beliau...
Azura buat aku bebetul nampak tua kali ini kekeke.. dia nampak cam budak baru balik sekolah. kekekeke


NEXT lagi ramai lagi Selebriti akan join kami.. korang bile lagi jomlah?? kalau korang tak buat hari ini.. Orang lain tetap jugak nak buat dan join akhirnya semua orang dah join korang baru nak join. Sesilap kawan baik sendiri join dah.. kan dah rugi rakan kongsi??? fikir2 kan ok... kalau nak bersama2kami

wana:019-2557477


Insyaallah..lepas raya anak2 buah ai akan jelajah Malaysia dibawah satu event by Kerajaan Malaysia untuk mengenengah kan kisah kehebatan baju dalam Berprestij ini. adakah anda ingin bersama kami? jom....




Tuesday, June 14, 2011

Map dari Kota Kinabalu ke Mesilau, ranau,kundasanf

Sedia maklum jangan benci meluat ngan entry2 ni sebab apa aku study ni tuk orang yang nak baca nak gi atau nak tahu dan jugak senang aku nak semak balik apa aku carik dan study tu dalam blog aku sendiri.

Ok kalau di kaji kalau korang upah tour guide ngan van harga 8 jam adalah RM350-RM400 atau pun lebih betul tak? tu tuk sehari. tapi sebab sewa kereta dengan Simedarby carrental yang hyundai matrix nye termurah dipasaran RM88/day drive sendiri tuk 3 hari jek aku sewa adalah RM264 baru jek tadi dorang confirm kan booking aku. bape korang jimat? ce korang kata kat aku? Tapi hadiah nye hah hambek koranag kene ambik risiko sesat lah.. sebab tu aku study mende ni.. so ni risiko gak risiko study sendiri... so aku share ngan korang mana tau korang pun nak jimat mana yang patut.. sebab tu aku kat bab hotel aku sewa yang selesa dan semenggah sikit untuk keselesaan aku yang banak pinak ni... sian lak kalo anak aku duk kat motel kan? kekekeke lagi satu Condo adagak kan? husband aku tak berapa suke condo sebab besar rasanya cam sunyi kot? dia suka hotel bilikjek so leh nampaksumedepan mata.

Ok dah moh kita tengok map aku study dan google map kat bawah ni. kata kawan aku sapa ada GPS pun leh guna gak.tapi aku takut takleh baca nanti so aku google map jeklah
memende ni nanti sume aku kene print balik untuk rujukan aku nanti...

Petunjuk dari jalan Tun Fuad Stephens ke Tamparuli


Dia bagi tahulah jarak dari tempat dia sebut tu berapa KM lagi jaraknya
leh lah singgah jap jambatan tamparuli... korang ingat tak lagu Jambatan tamparuli lagu tu aku apal masa tadika dulu persembahan kekekek..

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Tangan tu kene hayun tau sedepa bahu sambil lenggok2 kan kaki ngan tangan auw...


Petunjuk dari Tamparuli ke Mesilai Kundasang


Ok agaknya sampai sana aku kene tanya orang lah kat mana Heritage spa tu Hotel PERKASA. kalau dalam peta dia tepi jalan besar jek... cume aku tak sure selain melawat Desa cattle tu apalagi menarik? korang ada idea????



Monday, June 13, 2011

LAGI TEMPAT WAJIB LAWAT-DESA CATTLE

Memang ni punca utama aku nak gak menginap walau semalam kat kaki gunung Kinabalu ni..aku nak menyaksikan keindahan gunung tu.. cantiknyaa harap2 bukan musim hujan. tapi aku dah survey gak cuaca sabah ni tapi korang pepaham lah skang ni sebab kepanasan global gitu so cuaca tak tentukantapi paling tidak aku tak gi musim yang dikhuatiri hujan.

Okay nak sangat rasa cam New Zealand macam orang gembar gemburkan tu makanya wajib lah kita melawat Desa cattle kan? aku dah tanya2 orang Desa cattle tu kat facebook korang pun add dan tanya dorang kat FB confirm dia jawab punye.


DESA CATTLE

Buka: Setiap Hari 8 pagi sampai 5 petang Rehat pukul 12 tenghari sampai 1 petang
Tiket Masuk: RM3 Dewasa RM2 Kanak-kanak

Alamat: Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd.
Mesilau Highland, Kundasang, Ranau, Sabah.

P.O.Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
Tel: 088-889562
Fax: 088-889562

Peta pun aku dah sediakan kat bawah tu semua aku google jek gambar Desa cattle ni aku ambik kat FB Desa Cattle

Subhanallah.. cantiknya ciptaan tuhan.. rasa cam kat ne ni? nak kata cam New zealand aku lompenah gi lagi New Zealand apa pun ada akhbar yang mengatakan keindahan Desa Mesilau ni adataraf New zealand lah
Wah gitu..aku nak bawak props birthday kat sini buat photoshoot pun ok kan? kekekeke harap2 tak lupa bawak props nye nanti

lagi info aku baca kalau nak tengok dorang proses susu ada hari2 nya..iaitu Selasa,Khamis dan ahad. waktu pemprosesan adalah dari pukul 10.30 pagi hingga 2 petangLombu lombu ni aku baca memang diimport dari New Zealand, baka baik punye tu dia leh menghasilkan susu yang banyak yang boleh diedar disekitar sabah, sarawak dan brunei. Aku jangan tidak mesti nak kene gak gi sini aku mesti nak gak tengok suasana ni .. jangan lah hujan atau kabus menebal masa tu kalau tak sedeyyy ok...

Hah bawah ni kalau korang nak tengok cuaca yang dijangka lah sepanjang tahun kat negeri sabah ni.. harap-harap masa aku tu kabus tak tebal hujan pun tak kan bestt auwww...

Pastu peta ni pun aku ambik kat google gak senang nak agak2 lokasi untuk meninjau kat kundasang ni.... tapi aku rasa kalau gi sabah tak menginap dikaki gunung sabah memang sta kerugian kan? semoga panjang umur murah rezeki sampai aku kat Desa Cattle tu
Hah.. itu jeklah dulu study pasa Desa Cattle.. sapa2 ada info lagi pasal desa cattle share lah ngan aku ye...



Fathers Day In advanced leh ke??


Sebenarnya Fathers Day ni disambut pada setiap ahad minggu ketiga pada bulan june betul tak? tapi baru minggu kedua kan aku dah celebrate kekeke takpelah sebab papa selalu bz sekarang mencarik rezeki untuk kami sekeluarga alhamdulillah. Tapi ada gak setengah negara dah celebrate korang pun tahu kan sebenarnya fathes day ke mother day ke tuk orang kapirun kan??? sebab tu selalu jatuh hari ahad tapi bagi aku kebaikan nye tuk kite berkeluarga ni kita menghargai suami kita merangkap papa kepada anak kita pada hari tertentu.. aku ni memang peten suke sambut bebenda ni sejak aku kawen lah.. sebab umah tangga kita kita yang corakkan dulu kita hidup ngan mak abah kita mak abah kite corakan dibantu oleh akak2 atau abang2 kita khususnya tuk aku anak ujung ni.

Kisahnya papa sekarang sangat sibuk kadang papa balik mandi jek pastu gi keje lagi.. semoga Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik pada papa kite ye anak-anak. dekat setahun dah ni papa mula develope business dia bersama kawan dia.. alhamdulillah ada nampak perubahan. Insyallah ujung tahun ni 2 perkara besar akan berlaku amin. Yang buat papa letih sebab papa masih keja hakiki makan gaji tu sebelah siang malam baru papa buat keje dia. apa lah keje papa tu.. ehek ehek luckly business pap buat tu memang dibenarkan hanya sebelah malam sahaja kadang2 siang tuk kawan business partner dia ada. Ya allah..kau berikan lah kesihatan yang baik, rezeki yang murahdalam perniagaan kepada Mohamad Zaidi & keluarga nya amin ya rabbalalamin. Terima kasih ye sebab korang baca doa kat ata stu untuk family aku.

Seakrang ni memangggggggggggggg papa sangat tak de masa untuk kami kalau outstation tu korang jumpa seminggu ke sebulan sekali kan? aku ni duduk umah papa balik tapii papa balik sempat tido 4 jam mandi gi keje kadang2 borak pun dah tak dan kami.. sebab tu papa sekarang cube meluang kan masa dengan kami sebaik nye tu punnn petang gi keje balik.... nak citer banyak kat blog ni aku sedeyy tauu sebab tengok pengorbanan laki akuu. sambil naip sambil nangis.. tap tap tapp... air idung pun start keluar ni. Terima Kasih banyak-banyak pada Allah S.W.T kerana menjodohkan aku ngan Mohamad Zaidi menjadikan aku mama kepada anak2 beliau.

Ok itulah tadi kisah sempena Fathers Days pengorbanan papa kita pada kita ye izz zaharin & Iedris Bazly. Semoga anak2 mama rajin bekerja penyayang dan mengambil berat pada keluarga macam papa ok..

So semalam papa belanja kami makan kat BubbaGump kami memang dah jarang gile skang kuar makan kalau kuar jap tu aku shopping berlari2 terus balik sebab papa tak cukup masa tapi papa cube gak memenuhi nafsu seraha isteri dia yang suka shopping insaplah wahai wana.. ye kekekek insyallahhh.. kami pergi semalam dnegan biras aku Nora aku skang closed ngan dia sebab aku rasa aku ngam ngan dia sebab mungkin kami dari negeri yang sama so pemikiran kami yang sama ada 2 3 lagi biras aku tapi kami lom ngamlagi mungkin lambat sikit kot tapi akan cube di ngam2 kan..aku ni dikira menantu pompuan pertama keluarga Suhadi so kenelah pandai berbaik2 ngan biras.. ambik berat semua pulak edi abang yang pertama kawen abang zul lum lagi lum sampai seru insyallah ada jodoh tak kemana.

udah2 layan jeklah gambar kat bawah ye..

Tq papa... walau pun fathers day papa yang belanja kami wakakaka..Mothers day pun papa,birthday mama pun papa nasib lah papa... mama tak keje dahhh kikikikikiki kedekutt sikit

Bab posing memang sukee

Adik ipau aku dan biras ku Zuan & Nora buat masa ni dorang ni memang sekepala lah ngan aku kekeke..kan nora kann

onion ring ni memang superb tuk orang kelaparan cam aku ni
kejap jek setel aku pi ratah makanan Izz lak makana aku lumsmapai lagi time ni wakaka
Chicken Fingers kalau nak order sila share nampak kecik ni sebenarnya besoo cam tumbang sekor ayam

Papa memang suke western lamb apa ntah
mama punye superb gakk
auntie Nora punye
Papa melayan izz posing jadi jejaka litar
nanti bazly dah besar sikit ajak papa tengok Formular One k
Cam takit2 jek izz
tak ramai dalam ni sebab kisahnya tak leh masuk area ni izz ngan budak belakang tu jek berani masuk wakaka






Sunday, June 12, 2011

Senarai Lokasi wajib lawat

Macam biasa nak gi holiday kenelah study dulu sebab pergi sendiri kan dah lah kat sana aku takde sangat kawan nak bagi petunjuk aku kene rajin study macam aku study gi bali,bandung dan beberapa lagi tempat dulu aku tanya kawan-kawan yang dah pernah pergi. Bagi aku tak rugi apa kalau study snediri dan tanya kawan-kawan. Walau pun adasegelintir kawan2 tak berapa minat nak layan soalan aku wakakakaka atau pun cakap semua nye tak best tu aku boring tu.

Aku rasa hari pertama tu biarlah aku berlegar2 kat waterfront kota kinabalu tu so kewajipannya tu kami makan malam makan kat pasar malam jeklah... oklah kan kot? dari segi pandangan dalam gambar dan google kat blog orang ramai pasar malam ni macam lebih kurang Pasar pagi carboot kat stadium shah alam tu kalau nak makan pun lelonggoklah kat gerai kanvas dorang tu kan?? aku biasa sarapan kat pasar pagi carboot yang kelamkabut pagi2 tu so aku rasa aku leh terima lah kot keadaan pasar malam ni nanti

PASAR MALAM

aku boleh makan tempat macam gini cuma yang aku tak boleh kalau suasana tak berapangamcam tapi harga makanan mengancam jiwa tu leh buat aku PANASS!!!! apa pun kite tengok nantiMakk aii mahu pitamMohamad zaidi nak pilih makanan ni dia dah lah bab makanan laut ni memang vampire sikit sume dia nak... kalau gi kedai makan chinese muslim segala bala nak diordernye..ni aku ambik kat blog ni mesti orang tu pelik memasuk jek terus tag blog dia kekeke yelah kang kata curik lakk gambo yang gambo ateh tu tak ingat blognye

Dari segi pandangan oklah aku leh makan sini aku, edi, akak aku bukan jenis town sangat semua geli ewah kami orang kampung sungai choh biasa duduk kampung dan bukan lah berasal dari anak orang senang.. bajek nak makan mewah camm kat restoran mewah tu jek memang lah berlagak kot? kekeke aku suka makan camni sebab ske ati jek nak orderapa bala makanan kan takyah tengok

Antara LAGI wajib pergi mestilah

PASAR FILIPINO @ PASAR KRAFTANGAN

Gambar google image lah kan.. memandangkan aku bawak hakak aku tuk baby sit anak aku maklumlah kang kelam kabut aku ni... so aku rasa dia mesti suke gi pasar ni..

Bawah ni info aku baca dan copy paste dari Blog ni memang suke study takleh nak buat apa kang percuma jek takyah bayar Mohamad Zaidi jelingan tajam nasib husband aku tu hati nye lombut walau pun muka dia garang. kekekeke 'Dalam hati ada taman'

PENGENALAN

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar Filipina
di kalangan penduduk dan pelancong adalah merupakan satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran.

Selain Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji, pasar ini dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Kami takde tour guide so kenelah study sendiri waktu ke apa pasar bukak.... yang ni leh repeat pergi hari last nanti masa stya kat imperial boutec Tapi 1st day pun dah leh gi dah duduk kat cititel hotelcume malas nak ngangkut reta benda sebab kami pindah randah nanti.

Ada satu lagi pasarwajib pergi namanya

PASAR GAYA

Setiap hari ahad dari kul 6 pagi sampai 12 tengahari masalahnya mesti aku takleh nak pergi sebab sabtu aku stayed kat heritage spa takkan nak berlari pepagi buta balik KK balik semata nak gi pasar gaya tapi kalau edi ok memang aku on jek tapi kalau husband aku tak ok takleh lah nak on dia yang drivekan

Baru citer pasal pasar mende lain lom study lagii aku kalo bab shopping walau kat pasar 4 jam tak setel2 tau wakakaka







Saturday, June 11, 2011

Day 3 hotel done!!! yippie

Lega segala bala dah setel... boleh lah tinggal gi bercuti jek..kalau tak terbengkalai aktiviti aku bookmende ni semua... cume tiket bazly jek nanti airasia kata leh walk in jekkk beli nantilah aku gi beli...Hotel hari ke 3 kat kota Kinabalu tu nanti aku book kat Imperial Boutec hotel sangat dekat ngan Pasar kraftangan dan pasar filipino. Senang takyah pepenat pusing jalan.. sebab sebelum ni aku duk dengar pasar cititel ekspress jek tu aku hari pertama book kat sana..

aku suke Imperial Boutec ni sebab satu benda ni korang nak tahu apa? ni hahh...

Kekekek corridor kat dalam hotel tu lah ni lawo kan??? leh tak sebab ni aku bookhotel ni?wakakakaka selaind ari tempatnye yang dekat ngan pasar tu..

Bilik kat hotelni kalau takde promosi dalam RM170 kot yang paling murah lah tu? tapi aku tadi ada dapat promosi so dapat lah RM155/night yang penting ada breakfast takyah pk nak makan kat ne
best kalau dapat seaview tapi rege tak terview kakakakak.

Ok next buat entry pasal aturcara majlis lak owh gituuu.. ada lak aturcara majlis.. ha ah aku memang ada senang takyah terpk pk nak gi mana lagi...

Sebenarnya banyak hotel2 budget area Kota Kinabalu ni cuma sebab memahami perangai husband aku nak kan hotel yang selesa so kene lah carik yang selesa.. ikut aku mana dan jek lah takyah lelawo pun tak pe tapi sebab ada infant ni aku ambik berat pasal tempat berdekatan dnegan hotel yang memudahkan kami...

owh lupe letak kata2 amaran... Dorang ni kalau hotel dorang tak macam dalam gambar ni nescaya kene banned sesedap ngan aku nantii.. kekekeke




Kereta Sewa at Kota Kinabalu

Kat Sabah ni bagi aku memang mahal lah nak sewa kereta lebih murah sewa kereta di bali banding kat sabah ni mencekikk je keje nye aku pun tak paham... Tapi mujur berkat aku ni suka survey segala bala jeniss benda sebelum vacation bermula so aku dianggap beruntung sebab terjumpa satu website carrental ni under simedarby.

Murah jek.. murah giler aku rasa dalam banyak2 sewa kereta kat kota kinabalu tu
hanya RM88/day Hyundai MATRIX 1.6 auto.... ko tak nakk? aku nak

Korang leh search dekat simedarby car rental tapi kene drive sendiri lah.. hehehe aku gi ni husband aku drive sendiri nanti call2 kawan aku yang duk sabah ni mintak tolong lah kalo sesat pe susah jimat takyah ada tour guide ewahhh.. cam terror lak ekk??

Maka nya jimat lah kan kat sini? kekekeke pada aku menghabis kan boreh sewa kete mahal2 ni aku sewa 3 hari jek hari pertama tu aku pusing2 jek area hotel tu kat waterfront tu... nanti ahad balik sana jugak aku duduk... tadi tingat jiran aku cakap nak join aku holiday sebab pandai carik yang murah dan berbaloi cume masalahnya tuhlah kadang tak kene gak ngan taste aku yanga ku carik tu kekekeke.. alhamdulillah selama aku holiday susun aturcara sendiri ni lomlah tertipu harap2 tak kene lah tipu ye.. amin..

Entry sebulan ni adalah entry aturcara lah.. sebab ada pekdah gak korang gak yang nak tengok2 search cam aku selalu buat search2 kat internet ni camne nak cari sumber2 kan?? jangan kedekut ilmu dan jangan menipu auwww.. apahal menipu lak? yelah ada segelintir orang suke nak citer rege up2 jek benda RM2 dia kata RM200 tu aku tak suka betul..nyampah kekekekeke aku bab holiday tak de nak up upkan rege menipu korang kat sini ye..sebab info ni kita leh share antara satu sama lain di hari lian kelas auw...





IEDRIS BAZLY 1ST VACATION..insyaallah

Macam biasa selepas dikira sambil tolak campur aku rasa Bazly dah boleh jenjalan kot ikut mama,papa & abang Izz. Sepatutnya kami ke Sabah ni masa Birthday papa 1st Feb tadi tapi apakan daya burnlah tambang murah aku ngan airasia tu sebab masa aku book tu aku tak peknen lagi. so takpelah kita forward ke Birthday mama On 24th July nanti. Tak tahu lah orang lain tapi aku rasa aku suka latih keluarga aku dengan menyambut sesuatu tarikh untuk kami penuhi masa lapang sekeluarga. benda ni kalau dijadikan rutin tahunan lama2 anak-anak akan terikut dan akan pastikan. kot nanti Izz dah besar dia dakap " owh july birthday mama lah kene celebrate". Gituuuu wahh kelessss... tapi benda ni memang didikan aku rasa kalau korang dibesarkan dalam suasana menghargai sesuatu tarikh so korang akan terbiasa.

Kalau tahun lepas kami ke Bali untuk birthday mama, tahun ni kami ke Kota Kinabalu jek planning celebrate kat kaki gunung Kinabalu auwww... Dinner gitu best tak? best lahhh tahun lepas pun best gak kami makan2 kat tepi pantai Jimbaran Bali... sonok gakk happening gak. macam biasa kalau aku vacation aku bukan jenis pergi tanpa persiapan. melainkan setakat stay 2 days 1 night ke atau pun yang berdekatan sini ke. tapi kalau nama nak terebang memang lah plan awal sebab beli pun dah awal 6 bulan kan masa tiket murah so takkan tak plan bebetul.Selama aku book tiket murah airasia sekali jek lah aku burn masa aku dalam pantang ke KK ni lah tu aku repeat order tuk birthday aku wah repeat order gituu wakakakak ayat pasar malam tul..lantakk kan jeklah kan?

Kali ni lepas aku mintak pendapat kawan2 yang dah pergi dan juga penpal baru kat FB dia cadangkan jangan duk stay satu hotel jek dia suruh stay semalam kat kaki gunung kinabalu. Bile aku tengok ada kawan2 gi macam rush2 so aku pun ambik keputusan nak bermalam.. memula cadang nak stay kat Kinabalu pine resort tapi selepas memerhatikan keadaan nya yang tak mesra pelanggan tuk aku yang ada infant maka aku rasa aku stayed kat Heritage Spa & resort tengok dalam gambo lawooo tak lawoo siap dia.. dah lah aku ni kuat terpengaruh dengan gambar2 yang dorang papar kan.. harga hotel ni masakau book tadi ada promosi RM240/night sekali ada breakfast & Dinner.. Tu untuk hari kedua lah sebab pilih hotel eloksikit sebab sempena hari jadi aku kan?kikikikikiki nama nak tunggu husband aku sediakan ala2 kezutan tu memang susah lah sekali jek dia penah wat kezutan anta bunga kat aku dulu kat opis pastu takde dah kezutan aku jeklah yang buat kezutan dengan bajek dia wakakaka

kemain dalam gambar cantik jek ek
bab bilik ni kene carik lek lok kang Mohd Zaidi muncung sampaii bangkok... sebab betul lah kata dia sekali sekala jalan dia nak kan yang selesa...
Ni gambo ni punca utama aku tertarik nak pilih hotel ni.. takde camni aku gi nanti kene dia
cantiknye sambil makan ngadap utan kan?
Nilagi satu tarikan aku nak nginap sini takde sume ni memang aku banned nanti kakakaka.

Masa memula sampai tu aku dah book semalam kat cititel ekspress harga oklah tak mahal... patutlah tak mahal kawan aku kata jauh sikit dari pasar kraftangan nak dekat kene book kat area warisan square.. dah teroder nak wat camne... takpe lah dah terorder. hotel nye murah jek kalau korang nak bilik RM116/night jek tapi kalau korang tambah breakfast dalam RM134/night camtu memandangkan aku ada anak kecik senang aku book sekali ngan breakfast lagi pun aku stay lain2 hotel so nama nak jemu ngan menu yang sama tu takdelah... ramai yang review bilik hotel ni kecik... susah nak solat.. kot nasib2 kot dapat ruang besar ke kecik ni kot? takde kene ngena sebab korang gemuk atau kurus ye hotel ni dia depend on korang rasa nak duduk nak murah sini jeklah nak mahal ada berlambak hotel mahal tu memang besar...

tengok cam beso tinggi hotelnye tapi ramai review kecik.. lantaklah murah jek pun bukan mahal..
tengok dalam gambar jarang ngan tv tu pun dah tauu memang room ni kecik.. so gambar ni tak menipu lahh melainkan korang sedapkan hati sendiri kekeke aku sedapkan hati kata hotel ni murah tu jeklah kakakaka..

Tapi lagi satu malam punye hotel lom decide lagi nak stay kat ne..duk ushar2 lagi nak cari yang selesa, elok rupawan dan murah wah gituuu... pasni entry pasal tempat wajib lawat kat Kota kinabalu pulak.. heheheheh aku memang camni akan buat survey tammo sia2 kan masa bercuti biarr berbaloii.. tiket dah murah hotel tu kadang2 leh tutup idungg gak lah tak bernapas nak order... walau taklah sampai 500 semalam tapi sesak gak lah sebab nak cover dua bilik sebab nak bawak akak aku sekali tetengokkan anak kecik aku.. heheheh tu sesak2 napas sikit tu milih hotel ni..kekekeke

korangada cadangan tak hotel dekat ngan pasar kraftangan tu.. kalau leh yang nak 5 minit berjalan jek kekekekeke tammo sampai 10-15 minit... aku duk survey gak ni


Anda Mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails