Saturday, June 11, 2011

IEDRIS BAZLY 1ST VACATION..insyaallah

Macam biasa selepas dikira sambil tolak campur aku rasa Bazly dah boleh jenjalan kot ikut mama,papa & abang Izz. Sepatutnya kami ke Sabah ni masa Birthday papa 1st Feb tadi tapi apakan daya burnlah tambang murah aku ngan airasia tu sebab masa aku book tu aku tak peknen lagi. so takpelah kita forward ke Birthday mama On 24th July nanti. Tak tahu lah orang lain tapi aku rasa aku suka latih keluarga aku dengan menyambut sesuatu tarikh untuk kami penuhi masa lapang sekeluarga. benda ni kalau dijadikan rutin tahunan lama2 anak-anak akan terikut dan akan pastikan. kot nanti Izz dah besar dia dakap " owh july birthday mama lah kene celebrate". Gituuuu wahh kelessss... tapi benda ni memang didikan aku rasa kalau korang dibesarkan dalam suasana menghargai sesuatu tarikh so korang akan terbiasa.

Kalau tahun lepas kami ke Bali untuk birthday mama, tahun ni kami ke Kota Kinabalu jek planning celebrate kat kaki gunung Kinabalu auwww... Dinner gitu best tak? best lahhh tahun lepas pun best gak kami makan2 kat tepi pantai Jimbaran Bali... sonok gakk happening gak. macam biasa kalau aku vacation aku bukan jenis pergi tanpa persiapan. melainkan setakat stay 2 days 1 night ke atau pun yang berdekatan sini ke. tapi kalau nama nak terebang memang lah plan awal sebab beli pun dah awal 6 bulan kan masa tiket murah so takkan tak plan bebetul.Selama aku book tiket murah airasia sekali jek lah aku burn masa aku dalam pantang ke KK ni lah tu aku repeat order tuk birthday aku wah repeat order gituu wakakakak ayat pasar malam tul..lantakk kan jeklah kan?

Kali ni lepas aku mintak pendapat kawan2 yang dah pergi dan juga penpal baru kat FB dia cadangkan jangan duk stay satu hotel jek dia suruh stay semalam kat kaki gunung kinabalu. Bile aku tengok ada kawan2 gi macam rush2 so aku pun ambik keputusan nak bermalam.. memula cadang nak stay kat Kinabalu pine resort tapi selepas memerhatikan keadaan nya yang tak mesra pelanggan tuk aku yang ada infant maka aku rasa aku stayed kat Heritage Spa & resort tengok dalam gambo lawooo tak lawoo siap dia.. dah lah aku ni kuat terpengaruh dengan gambar2 yang dorang papar kan.. harga hotel ni masakau book tadi ada promosi RM240/night sekali ada breakfast & Dinner.. Tu untuk hari kedua lah sebab pilih hotel eloksikit sebab sempena hari jadi aku kan?kikikikikiki nama nak tunggu husband aku sediakan ala2 kezutan tu memang susah lah sekali jek dia penah wat kezutan anta bunga kat aku dulu kat opis pastu takde dah kezutan aku jeklah yang buat kezutan dengan bajek dia wakakaka

kemain dalam gambar cantik jek ek
bab bilik ni kene carik lek lok kang Mohd Zaidi muncung sampaii bangkok... sebab betul lah kata dia sekali sekala jalan dia nak kan yang selesa...
Ni gambo ni punca utama aku tertarik nak pilih hotel ni.. takde camni aku gi nanti kene dia
cantiknye sambil makan ngadap utan kan?
Nilagi satu tarikan aku nak nginap sini takde sume ni memang aku banned nanti kakakaka.

Masa memula sampai tu aku dah book semalam kat cititel ekspress harga oklah tak mahal... patutlah tak mahal kawan aku kata jauh sikit dari pasar kraftangan nak dekat kene book kat area warisan square.. dah teroder nak wat camne... takpe lah dah terorder. hotel nye murah jek kalau korang nak bilik RM116/night jek tapi kalau korang tambah breakfast dalam RM134/night camtu memandangkan aku ada anak kecik senang aku book sekali ngan breakfast lagi pun aku stay lain2 hotel so nama nak jemu ngan menu yang sama tu takdelah... ramai yang review bilik hotel ni kecik... susah nak solat.. kot nasib2 kot dapat ruang besar ke kecik ni kot? takde kene ngena sebab korang gemuk atau kurus ye hotel ni dia depend on korang rasa nak duduk nak murah sini jeklah nak mahal ada berlambak hotel mahal tu memang besar...

tengok cam beso tinggi hotelnye tapi ramai review kecik.. lantaklah murah jek pun bukan mahal..
tengok dalam gambar jarang ngan tv tu pun dah tauu memang room ni kecik.. so gambar ni tak menipu lahh melainkan korang sedapkan hati sendiri kekeke aku sedapkan hati kata hotel ni murah tu jeklah kakakaka..

Tapi lagi satu malam punye hotel lom decide lagi nak stay kat ne..duk ushar2 lagi nak cari yang selesa, elok rupawan dan murah wah gituuu... pasni entry pasal tempat wajib lawat kat Kota kinabalu pulak.. heheheheh aku memang camni akan buat survey tammo sia2 kan masa bercuti biarr berbaloii.. tiket dah murah hotel tu kadang2 leh tutup idungg gak lah tak bernapas nak order... walau taklah sampai 500 semalam tapi sesak gak lah sebab nak cover dua bilik sebab nak bawak akak aku sekali tetengokkan anak kecik aku.. heheheh tu sesak2 napas sikit tu milih hotel ni..kekekeke

korangada cadangan tak hotel dekat ngan pasar kraftangan tu.. kalau leh yang nak 5 minit berjalan jek kekekekeke tammo sampai 10-15 minit... aku duk survey gak ni


No comments:

Post a Comment

Celoteh anda

Anda Mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails