Monday, June 27, 2011

Izz Zaharin ( Abang Izz) Anak Bujang mama


Dulu ingat lagi masa peknen Iedris Bazly orang suka kata "Hah nanti ada adik Izz ni takdelah manja2 lagi ngan mama dia"Aku cam buat muka pelik??? kenapa pulak? dia kan anak aku Izz Zaharin ni permata sulung aku lak tu...kenapa dia takleh manja ngan aku lagi lepas ada adik? Hairan sendiri tapi aku anggap dan ambil benda tu sebagai petunjuk jek sambil cakap dalam hati aku takkan jadi cam orang lain yang kata bila ada adik yang abang2 atau akak2 akan jadi mengada2. Buat pegangan sebab masa tu takde pengalaman lagi ada anak 2 orang atau lebih.

Alhamdulillah menjelang Iedris Bazly 5 bulan ni aku masih sayang kan Izz sama cam sayang kan Bazly, kisahnya aku masih menyayangi Izz Zaharin Macam dulu dan Izz Zaharin pula sangat membantu aku dalam menjadi seorang abang pada Iedris Bazly. Mungkin sebab Iedris Bazly masih kecil aku lum nampak ;lagi belang Izz Zaharin mungkin tunggu Bazly 1 tahun atau lebih akan nampak kot sikap yang sering orang perkata tu.Dari kecik aku latih Izz Zaharin memeluk orang yang dia buat salah dan mintak maaf. emmm aku tak ajardia salam kalau buat salah hahaha aku ajardia peluk.. kalau salah dia perlu peluk orang tu... hehe nanti lah aku tukar tune tu.. Sampai umur2 tahun 10 bulan Izz masih praktikkan cara tu. Kalau dia buat salah dengan aku dia akan peluk aku sambilcakap "Ma maaf ma.." atau pun "Ma..saya maaf ma". sambild ia akan berusaha untuk memeluk aku... dia tahu kalau aku tak balas pelukan dia bermakna aku belum maafkan dia... maka dia akan ambik dua tangan aku paksa aku peluk dia...heheheh masa tu sejuklah hati seorang mama kan marah camne pun???owh sebelum tu Izz menggunakan kata ganti nama diri Saya dan awak dalam perbualan. heheheheh mama dia yang ajar anak2 buah aku kata cam pelik jek Izz cakap saya dan awak.


Kata akak aku anak anak kau baik2 je semua untung kau... aku pun tak tahu nak bezakan sebab aku baru jek membesarkan anak mungkin lah dorang baik dan dengar kata terutama Izz Zaharin. Yang pasti pada awal tahu mengandung aku akan baca ayat suci alquran dan kalau aku tak sempat atau tak dan aku akan yang 24 jam ngadap pc ni akan pasangkan alunan alquran sebab kata orang apa yang ibu dnegarakan sampai kepada janin didalam perut.so aku anggap itu adalah salah satu sebab. kenyataannya aku bukan jenis macam tu hahahaha tapi sebab anak2 dan bayi kandungan mama/ibu/mami akan lakukan yang terbaik untuk anak2 tul tak?

Pagi2 dia akan tolong aku kemas katil sambil cakap " Kemass!!! kemas!!!... ma saya kemas ma". aku tetibe rasa dia cam dah besar panjang. oleh kerana aku dirumah memanggil anak-anak aku selain daripada nama penuh aku akan memanggil dorang dengan nama SAYANG
Benda tu buat Izz zaharin terikut2. kalau aku terlanggar apa2 sambilcakap "Aduiii!!" Izz akan lari kat aku sambil usap2 bahagian yang aku pegang sebab terlanggar tu.. sambil cakap "Nape sayang???". sampai hari ni aku akan rasa nak tergelak bile dia cakap camtu.Terbaru aku tersepit kaki aku kat pintu sambilpegang jari kaki aku usap2. diapun lari kat aku sambil tunduk sujud dan tiup ibu jari kaki aku dan word dia paling penting "Nape sayang?".. sangat jelas perkataan tu yang buat korang tak tahan nak gelakk.. kekekekeke.

Betul tak bila anak korang jatuhkan air ke tumpang kan nasik ke? sepah kan umah ke? koranga kan menjerit marah????. Hehehehe aku tak tau lah nape aku tak camtu ngan Izz zaharin? maybe sebab aku suka mencuba sesuatu yang baru.. teori aku sendiri Izz Zaharin bila dia buat salah tertumpah air ke terbuat2 apa lah yang rekleks nye kita akan marah aku hanya diam dan aku akan betulkan dan lap benda yang dia sepahkan atau tumpah kan. kebiasaannya Izz yang buat salah akan tengok muka kau tengok reaksi aku dia tak snegaja buat salah, walau pun mama kata "elok2 nanti tumpah" aku biasanya akan lap dan kata "takpe kita lap je ok..." dia pun
"Oklah ma" sambil angguk dan ambil balik cawan yang terjatuh atau apa yangd ia sepah. jadi kisah nya sekarang kalau dia tertumpah air atau apa2 lah yang mengotor kan lantai ke buang barang ke apa lah.. dia akan cakap sendiri " TAKPE KITA LAP.." sambil dia lari ambil kain lap... tapi sebab mama dia suke lap memenda tu ngan kain dalam bakul kotor dia pun ambillah kain dalambakul kotor tu kakakaklap... sebenarnya aku tak ajar pun hehehehe semuanya dia belaja sendiri.


Maka kisahnya itulah perkembangan anak bujang aku yang bakal mencecah umur 3 tahun pada 13 ogos 2011 ni..

Pesanan buat izz Zaharin.
" Izz zaharin awak memang anak mama yang baik dan abang Iedris Bazly yang penyayang dan protected mama harap awak kekalkan sikap awak ni sampai awak besar nanti dan jaga adik2 awak macam mana sikap awak hari ini menjelang umur awak 3 tahun..mama tahu awak seorang yang baik, penyayang macam papa awak, penggeli cam papa awak jugak, hehehe apa yang macam mama ye??? orang kata muka awak iras muka mama jadi awak kene terus dan kekalkan sikap awak ni ok??? mama & papa sayang awak...jaga peribadi dan tuntut ilmu yang baik..

akhir sekali AWAK LAH ULTRAMAN PAPA,MAMA & ADIK2 AWAK "



1 comment:

  1. anak2 selori pon semua sama rata laa...kan kan abg izz garang.

    smoga jadi anak yg soleh, baik n jadi insan yg mulia dan berjaya amin.

    ps: auntychoo tunggu haris kemas katil dia pulak kekeke

    ReplyDelete

Celoteh anda

Anda Mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails