Assalamualaikum Izz Zaharin.
Masa mama taip surat ni.. Izz tengah tidur sambil telentang.. Mungkin Izz keletihan. Mama nak tulis surat pada Izz sebab bila Izz dah besar dan kenal dunia cyber Izz akan tahu apa mama rasa. Mama cuma bimbang dengan kehidupan manusia zaman sekarang. Harapan mama bila Izz baca surat mama Izz akan tahu pengorbanan mama dan papa untuk Izz. Izz jangan sesekali terlibat dengan Lumba Haram, Berjudi, Minum Arak, Dadah, Merompak, Merogol, Maksiat dan semua perkara-perkara yang jahat yang akan Izz jumpa sepanjang Izz membesar.
Izz,
Masa mama sebelum kahwin dengan papa, mama pernah tanya papa macam mana kalau kami kahwin dan mama tidak boleh bagi zuriat pada papa. Papa kata tak apa, kita boleh ambil anak angkat. Walau pun bukan itu jawapan yang mama nak dengar. Ini semua kerana mama sering dihujani dengan kata-kata mama susah nak mengandung sebab mama mengamalkan diet yang tak sihat untuk kurus. tapi jauh disudut hati mama, mama akan beristigfar tiap kali ada yang cakap macam tu. Mama sejak umur 17 tahun mama sering berdoa dikurniakan suami yang penyayang dan menghormati keluarga mama , mama juga berdoa semoga dikurniakan cahaya mata. Akhirnya mama ditemukan dengan papa. Mama berkahwin dengan papa. Papa seorang yang sangat baik hati walau pun luarannya macam garang. Kenyataannya papa penyayang lembut hati dan senang tersentuh hati dia. itulah papa Izz.
Izz,
Masa 5 minggu selepas mama berkahwin dengan papa, mama dapat rasakan yang mama mungkin hamil tapi mama tak pasti namun walau pun was-was, mama terus galak membaca surah Yusuf dan al lukman untuk Izz dengar walau pun Izz mungkin hanya berusia mungkin 5 minggu.sejak itu mama jaga makan mama... mama tak ambil Coffea mama kurangkan garam dalam makanan, sampai papa tension makanan tak rasa masin...papa tertanya-tanya kenapa dengan mama.. mama kata mama rasa mama mengandung, papa suruh mama cek.. tapi mama tak nak sebab mama malu hehehehe.. inai masa dijari malu pulak mama nak pergi jumpa doktor... tapi atas nasihat kawan-kawan mama pergi jugak. Masa mama nak buat ujian kehamilan tu doktor macam nak ketawakan mama sebab terlalu awal. tapi mama senyum. Beberapa minit selepas sample air kencing diambil.. mama dikhabarkan yang mama mengandung. Mama betul2 gembira.. dan terus call papa. papa pun gembira, gembira atau tau.. papa tiba-tiba dah terpacak kat rumah. Dia kata dia mintak cuti separuh hari sebab mama preganant... kelakarkan?? tapi itulah kenyataannya.
Izz,
Masa mama mengandungkan Izz mama betul-betul mengambil pemakanan yang sihat untuk memastikan Izz sihat. Mama banyakan sayur dalam pemakanan dan juga ikan dan daging. Tidak minum air sejuk, tidak minum minuman berkafin dan tak minum minuman gas. Sebab mama percaya pemakanan yang sihat akan membantu melahirkan anak yang sihat. Namun masa Kandungan mama mencecah 7 bulan doktor mengesahkan mama mungkin menghidap kencing manis ketika mengandung.. sejak hari itu doktor suruh mama kurangkan makan nasi dan benda manis.. mama ikut kata doktor.. sampai sebulan mama hanya makan roti dan susu anmum sahaja untuk pastikan Izz sihat. sebab jika kencing manis mana tinggi maka ia akan memberi kesan pada Izz.. bagi mama.. biar mama susah, janji Izz sihat sebab mama akan menjaga Izz dan melihat izz membesar. jadi mama tak nak anak mama tidak sihat.
Izz
Masa kandungan mama 8 bulan doktor mengesahkan Izz dalam kedudukan songsang yang membawa maksud mama perlu menjalani pembedahan. Mama takut betul nak kene bedah, walau pun ramai kata tak sakit. 3 hari sebelum pembedahan mama dan papa berbincang dan kami menangis sebab kami berdua pun memang takut... kami tiada pengalaman jadi kami merasa pembedahan adalah sesuatu yang sukar. Tiba waktunya semasa mama nak dibedah papa tunggu mama diluar bilik bedah. papa cium mama, nenek pun ada.. kesian nenek dia sakit kaki pun sanggup datang temankan papa yang mungkin akan kerisauan. Sebab papa kalau risau macam-macam boleh jadi.
Izz,
pada 13 Ogos 2008, 10.30 pagi Izz selamat dilahirkan secara pembedahan. mama gembira. papa dan semua ahli keluarga gembira. Selepas sahaja Izz dilahirkan mama tak boleh tidur semalaman sebab Izz diasingkan sebab masa tu siapa yang melahirkan anak secara pembedahan anak hanya kan diserahkan pada hari kedua kelahiran. Petang lepas Izz dilahirkan keluarga mama dan papa semua datang. tengok Izz. Mama dan papa sangat gembira. Cuma pada satu saat pada malam kedua Izz telah diserahkan pada mama, mama menangis sebab mama masih belum mengeluarkan susu buat Izz, ketika itu izz menangis dan mama tak tahu nak buat apa... mujur Nurse datang dan berikan susu formular buat Izz dan Izz diam. Mama sedih sangat... masa mama gagal mengeluarkan susu buat Izz. mungkin orang kata mama tipu.. tapi mereka tak alami kesedihan mama. sepanjang dihospital mama sedih sebab tak dapat bagi Izz susu mama. Pada hari ketiga mama bersyukur sebab mama dibenarkan pulang...
Izz,
Mama sedih bila mengingatkan pasal kegagalan mama menyusu Izz semasa dilahirkan.. mas ani mama tengah menangis sambil menaip.. nanti kita sambung lagi ye sayang pada surat mama yang kedua...
Salam peluk cium mama untuk Izz.
Yang menyayangi Izz Zaharin Bin Mohamad Zaidi
Mama