Assalamualaikum Izz Zaharin,
Izz sekarang dekat rumah Mak Ina.. sejak kecik Izz dijaga oleh Mak Ina. Masa dulu Mak Ina jaga mama, mama duduk dan tinggal dengan Mak Ina sejak Mama umur 21 Tahun sampai lah mama kerja kahwin dengan mama 2007.. sebelum tu pun asal cuti je mama akan berada dirumah Mak Ina sejak sekolah lagi... Harap-harap Izz Zaharin akan menjadi baik, berilmu beramal, dan mendekatkan diri dnegan Allah S.W.T macam ahli keluarga Mak Ina. Semua anak Mak Ina walau pun ramai lelaki mereka diberi didikan agama yang cukup. Kakak Aisyah adalah contoh terbaik dia sangat rendah diri dan amat mendekat diri dengan Tuhan. Mama sendiri amat jauh ketinggalan dari dia. Kakak Aisyah jugak amat bijak dan sering tersenarai sebagai Best Student sepanjang mama kenal dia. tak kurang hebat dengan Abang syafiq walau pun dia nampak nakal tapi keputusan peperiksaan amat membanggakan... begitu jugak abang zahid, abang safwan dan abang Izzat.. sama dengan anak Mak Ngah yang tak kurang hebat nya... semua nya best student.. satu mama ingat pasal dorang. Dorang sering menggangap mama hebat dan ingin menjadi seperti mama.. sedangkan jauh sudut hati mama kata mereka terlalu hebat berbanding dengan mama.. sangat hebat dalam pelajaran dan didikan agama. Alhamdulillah...
Hari ini 30 Ogos 2010 esok negara kita akan meraikan hari kebangsaan ke 53 tahun. Namun remaja dan anak bangsa semakin sesat dan gagal mentafsir erti kemerdekaan buat mereka. Hari ini lagi kes buang bayi tersiar. Mama cukup tertekan dengan isu semasa macam ini. Mama sering terbayang dan diselebungi ketakutan seandainya stau hari nanti mama gagal mendidik Izz Zaharin dan Izz zaharin Tersasar.. mama terpaksa mengambil pendekatan menulis surat buat Izz sebab satu masa nanti mama tahu mama tak mampu nak kawal Izz dan tak mampu nak menasihati Izz Zaharin setiap hari. Izz akan meningkat dewasa Izz akan mula mengenal ramai kawan, Izz juga akan terlibat dengan dunia cyber yang akan membawa izz melayari beribu juta batu kisah seluruh negara.
Izz Zaharin,
Masa lepas sahaja mama keluar wad mama sedikit tertekan melihat Izz terkena penyakit kuning 'jaundice' sebab anak Mak Ina ada yang meninggal akibat penyakit tersebut makanya mama sedikit tertekan. 2 hari selepas mama keluar hospital mama tinggal dirumah nenek. namun pada hari ketiga Mak Ina datang mengambil mama dan Izz sebab Mak Ina kata nenek dah tua nenek dah tak larat nak jaga mama dalam pantang. nenek pun setuju dan mama pun berpantang dirumah Mak Ina. nenek bukan muda lagi macam nenek jaga sepupu Izz yang lain dahulu nenek masa kelahiran Izz sudah sesikit tua, jadi tidak patutlah mama nak menyusahkan nenek. sepanjang berpantang Mak Ina jaga izz dengan baik.. Alhamdulillah.. Izz pun memang budak yang baik.. semua kakak-kakak mama memuji Izz sampai sekarang sebab izz sangat berlemah lembut dan tidak suka merengek atau menangis tanpa sebab.
Masa izz baby Izz suka dengar apa yang Izz selalu dengar apa yang mama selalu pasang setiap pagi untuk mama dan Izz dalam perut dengar bersama-sama. Bila Izz dilahirkan Izz akan khayal setiap kali mama pasang 3 surah ini(Yusuf, Luqman dan mariam) untuk Izz. Alhamdulillah.. mama berharap sampai Izz besar dan berumah tangga dan mempunyai anak Izz akan terus seperti bayi, jauh dari dosa.. dan mendekatkan diri dengan tuhan.
Izz Zaharin,
Apabila kita sesekali melupakan kebesaran Allah S.W.T dan membelakangi dia kita akan mula sesat tanpa pegangan. Sekiranya satu hari nanti kita melakukan kesilapan jangan sesekali lupa bahawa Allah S.W.T adalah maha pengampun dan maha penyayang. hanya kita yang selalu lupa akan kebesaran nya. kembalilah pada dia sekiranya Izz Zaharin sesat suatu hari nanti. Kerana Allah S.W.T ada serta kekal dan sedangkan mama , papa atuk, nenek dan Izz zaharin sendiri hanya dipinjamkan sementara dibuminya. jadi kembalilah kepada pencipta kita.. Allah S.W.T itu maha adil.. jangan sesekali kita meminta pertolongan selain daripada Allah S.W.T.
Izz Zaharin,
mama sering membayangkan sekiranya negara kita ditimpa musibah seperti acheh yang dilanda tsunami. Bagaimana agaknya mama mampu melindungi izz Zaharin? mampukah mama?atau mama hanya mampu melihat anak dihanyutkan ombak besar.. mama takut semua itu terjadi??? mama betul-betul takut dengan keadaan negara kita yang semakin hari semakin menaikkan kemurkaan Allah S.W.T. akhir zaman semakin hampir.. Bapa membunuh isteri dan anak.. Zina berleluasa. Manusia bermegahmegah bila melakukan amalan.
Izz Zaharin,
Sebagai anak yang sulong Izz kena menjadi contoh yang baik kepada adik-adik Izz nanti. Sayangi adik-adik.. ajar mereka kebaikan dan jauhkan mereka dari kejahatan.. Mama rasa ini saje tulisan mama untuk surat kali ini. kiat berjumpa lagi pada surat mama yang akan datang..
salam sayang buat Izz Zaharin.
Yang menyayangi Izz Zaharin
Mama

No comments:
Post a Comment
Celoteh anda