Wednesday, July 18, 2012

TATACARA MEMOHON VISA MEMASUKI CHINA MELALUI HONG KONG


Betapa besarnya jasa jasa blogger di malaysia mahu pun dimana sahaja apa bila mereka berkongsi pengalaman dan mengajar kita cara hidup atas kaki sendiri. Selepas melayari banyak blog blog oleh blogger malaysia mahu pun indonesia maka ku mendapat gambaran jelas bagaimana cara untuk memasuki China dari Hong Kong nampaknya tak sia sia lah aku menempah tiket selama 6 hari ke hong kong dan china..


Selepas bertanya kepada yang berpengalaman dan mereka pun tak kedekut ilmu membantu maka aku pun sangat berterima kasih. Ada jugak dalam menempuh kaji selidik singkat aku ni kawan kawan lama di kolej jadi menyampaj dan getik kat aku.. sebab banyak tanya dekat FB khususnya.. Bukanlah tujuan kita nak eksen.. wahh aku nak gi Hong Kong nak eksen ni kat kau.. tak kose aku kawan aku tu bukan ada kene ngena untuk kehidupan harian aku... tapi takpolah soalan tu ditujukan secara umum bukan kat dia jek.. tapi seronok sebab  Blog banyak membantu untuk melakukan perkara ni.

Ok memula boleh lah korang layari laman web kat atas tu embassy china aku tulis tu tuk tahu caranya.. secara rombak nya aku citer lah
Yang duk luar dari klang valley ni korag leh mintak tolong agent mana mana pelancongan uruskan kata mintak tolong uruskan visa jek atau pun korang leh hantar by pos jugak... tapi bagia ku baik korang by pos jek sebab agent tu upahnya satu visa RM200 kau padahal korang leh dapat visa hanya dengan RM30 jek kalau lepas kene lah bayar RM28 lagi dan kalau tak lepas duit  RM30 awal tadi tak dikembalikan
Borang boleh jugak diisi di lama web dorang so yang tangan dah keras nak menulis cam aku ni leh lah isi jek borang tu bebetul dan dapatkan info yang dia perlukan.. isi bebetul jangan silap... pastu dah setel leh save dan print .. if salah isi dan dah terdelete korang leh isi yang baru.. benda ni valid sampai 30 harilepas korang isi tu untuk korang walk in ke embassy tu tuk dapatkan visa atau pun korang pos

Ini petanya.. aku baca kat blog mana ntah dia kata kalau naik putra lagi senang ke LRT entah ce korang google main taip jek cara cra buat visa ke china

Kebiasaannya visa siap dalam masa 4 hari.. walau pun korang ke hong kong nak mintak orang hong kong setelkan pun ambik masa 4 hari aku dah tanya pekerja hotel kat tempat aku akan menginap kat hong kong tu.. kalau korang tak bisa sesiap dari sini alamat korang kene halau jek ngan imigresen china kat guangdong tu nanti.. jadi rancang kan ye...

ini fees untuk yang sepatutnya korang bayar.. siapa dari Hong kong nak masuk ke China hanya perlu single entry jek atau sekali masuk.. sebab bila korang nak balik ke hong kong balik.. korang takyah visa.. nak masuk dari hong kong nak ke china tu yang perlukan visa..  akan tetapi sekiranya ada kes gini... korang dari China nak masuk ke hong kong dan nak balik naik kapal terbang ke hong kong maka korang kene ambil double entry.. sebab dari malaysia nak masuk China dah kene visa.. pastu korang nak menari nari masuk hong kong takyah visa.. tapi bila korang nak masuk balik china tu sebab kapal tobang korang kat china maka lagi sekali korang memerlukan visa.. jadi siapkan visa dari sini ok..

ini contoh  borang online yang korang perlu taip dan print pastu gi walk in ke embassy tu buat visa.. tak silap aku leh pos jugak untuk yang jauh... korang bacalah kat dalam web embassy china aku bagi kat atas tu...
Kisahnya aku pun lom gi apply lagi baru isi form online ni jek sebab pasport husband dan anak buah dan akak aku yang nak follow tu dah nak mati...  apa apa nanti bila dah setel aku citer lagi k.. doakan lepaslah visa kami ni.. amin



Tuesday, July 17, 2012

Lama gila tak online tetiba citer pasal Hong Kong dan Visa Ke china

Berapa lam aku tak update blog? takyah kira sebab memang dah lama giler... last entry pasal birthday celebration husband aku kat USS singapore tu... pastu aku punya laptop pun kelaut..kene pijak pijak anak ... ada ipad tapi aku cam menyampah nak membebel pakai ipad.. lembapp gile nak menaip cam semut...

entry kali ni bertujuan nak bagi tips dan persediaan melancong ke Hong Kong.. bermula dengan  aturcara dan masa dan selepas menelek dan bertanya blogger2 alhamdulillah nampak cerah sikit Hong Kong tu kat mata aku ni kalau tak membuta tuli jek aku order.. benda ni pun last minutes order.. puncanya anak buah aku yang tengah cuti semester nak berjalan.. dulu pun kat USS aku gak bawak dia jalan yang kali ni pun aku gaklah.. maka sume nyer kira cam masa pendek.. aku ni dahlah peten jenisnak travel sendiri takde tour guide bagainya.... maka kami akan terbang pada bulan depan bersesuaian lah untuk celebrate birthday anak bujang aku si Izz Zaharin yang berlangsung pada 13 august.. kami gi nanti 22 august raya ke empat kauu hahahahaha...


lepas macam macam dugaan punyalah susah giler aku nak membeli bilik kat hotel agoda tu leh pitam lak aku ngadap pc ni pagi sampai petang kekekekek akhirnya masalah selesai.. penyudahnya aku nye aturcara majlis jd gini 

22-24 August 2012 di  Hong Kong--- Gi The peak, madame tassauds dan stanley market dan jugak gi Disneyland Hong Kong

24-25 August 2012 di Luohu Shenzen--- kalau gi sana kompomlah namanya shopping hehehehehe

25-27 August 2012---- baliks semula ke Hong Kong gilah avenue of star dan sedara mara dia yang berdekatan



Kisahnya nak bercerita pasal nak ke China Shenzen tu.. yang ni masalah jugak nak kene apply Visa.. dah ushar banyak blog alhamdulillah banyak gak membantu...dari bacaan mengatakan ambil masa 4 hari untuk lulus visa ke china. Menurut apa yang aku baca di website Embassy China hanya perlu apply single entry kalau kita dari Hong Kong--nak kechina -- dan balik melalui hong kong.. akan tetapi ia akan jadi Double entry kalau korang dari China---nak ke Hong Kong--- dan balik ke China Balik... ini kerana masuk ke china kita perlu ada visa masuk ke hong kong takyah visa.. masuk je suka hati sambil menari nari ewahhhh


Insyaallah minggu depan aku akan apply untuk visa ke china dan aku akan citer ek....entry akan datang aku akan tulis perjalanan penyediaan aturcara majlis aku ni.. untuk kita sama-sama berkongsi dan survive sendri di Hong Kong dan China

Anda Mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails