Wednesday, July 18, 2012

TATACARA MEMOHON VISA MEMASUKI CHINA MELALUI HONG KONG


Betapa besarnya jasa jasa blogger di malaysia mahu pun dimana sahaja apa bila mereka berkongsi pengalaman dan mengajar kita cara hidup atas kaki sendiri. Selepas melayari banyak blog blog oleh blogger malaysia mahu pun indonesia maka ku mendapat gambaran jelas bagaimana cara untuk memasuki China dari Hong Kong nampaknya tak sia sia lah aku menempah tiket selama 6 hari ke hong kong dan china..


Selepas bertanya kepada yang berpengalaman dan mereka pun tak kedekut ilmu membantu maka aku pun sangat berterima kasih. Ada jugak dalam menempuh kaji selidik singkat aku ni kawan kawan lama di kolej jadi menyampaj dan getik kat aku.. sebab banyak tanya dekat FB khususnya.. Bukanlah tujuan kita nak eksen.. wahh aku nak gi Hong Kong nak eksen ni kat kau.. tak kose aku kawan aku tu bukan ada kene ngena untuk kehidupan harian aku... tapi takpolah soalan tu ditujukan secara umum bukan kat dia jek.. tapi seronok sebab  Blog banyak membantu untuk melakukan perkara ni.

Ok memula boleh lah korang layari laman web kat atas tu embassy china aku tulis tu tuk tahu caranya.. secara rombak nya aku citer lah
Yang duk luar dari klang valley ni korag leh mintak tolong agent mana mana pelancongan uruskan kata mintak tolong uruskan visa jek atau pun korang leh hantar by pos jugak... tapi bagia ku baik korang by pos jek sebab agent tu upahnya satu visa RM200 kau padahal korang leh dapat visa hanya dengan RM30 jek kalau lepas kene lah bayar RM28 lagi dan kalau tak lepas duit  RM30 awal tadi tak dikembalikan
Borang boleh jugak diisi di lama web dorang so yang tangan dah keras nak menulis cam aku ni leh lah isi jek borang tu bebetul dan dapatkan info yang dia perlukan.. isi bebetul jangan silap... pastu dah setel leh save dan print .. if salah isi dan dah terdelete korang leh isi yang baru.. benda ni valid sampai 30 harilepas korang isi tu untuk korang walk in ke embassy tu tuk dapatkan visa atau pun korang pos

Ini petanya.. aku baca kat blog mana ntah dia kata kalau naik putra lagi senang ke LRT entah ce korang google main taip jek cara cra buat visa ke china

Kebiasaannya visa siap dalam masa 4 hari.. walau pun korang ke hong kong nak mintak orang hong kong setelkan pun ambik masa 4 hari aku dah tanya pekerja hotel kat tempat aku akan menginap kat hong kong tu.. kalau korang tak bisa sesiap dari sini alamat korang kene halau jek ngan imigresen china kat guangdong tu nanti.. jadi rancang kan ye...

ini fees untuk yang sepatutnya korang bayar.. siapa dari Hong kong nak masuk ke China hanya perlu single entry jek atau sekali masuk.. sebab bila korang nak balik ke hong kong balik.. korang takyah visa.. nak masuk dari hong kong nak ke china tu yang perlukan visa..  akan tetapi sekiranya ada kes gini... korang dari China nak masuk ke hong kong dan nak balik naik kapal terbang ke hong kong maka korang kene ambil double entry.. sebab dari malaysia nak masuk China dah kene visa.. pastu korang nak menari nari masuk hong kong takyah visa.. tapi bila korang nak masuk balik china tu sebab kapal tobang korang kat china maka lagi sekali korang memerlukan visa.. jadi siapkan visa dari sini ok..

ini contoh  borang online yang korang perlu taip dan print pastu gi walk in ke embassy tu buat visa.. tak silap aku leh pos jugak untuk yang jauh... korang bacalah kat dalam web embassy china aku bagi kat atas tu...
Kisahnya aku pun lom gi apply lagi baru isi form online ni jek sebab pasport husband dan anak buah dan akak aku yang nak follow tu dah nak mati...  apa apa nanti bila dah setel aku citer lagi k.. doakan lepaslah visa kami ni.. amin



No comments:

Post a Comment

Celoteh anda

Anda Mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails