Saturday, May 22, 2010

Rancang Perjalanan Anda at Bali Trip-Part III

Untuk penginapan 4 hari 3 Malam.. rasanya tak cukup masa untuk aku pusing satu Bali. Terutama pulak membawa Izz Zaharin.. kompom ada time Izz akan rasa tak selesa atau pun mengantuk... jadi aku memilih tempat2 yang bebetul aku nak lawati.. terutamanya BEDUGUL.. dan TANAH LOT.. sebab nak sangat tengok suasana macam dalam gambar tu.. Selain tu aku akan ke UBUD untuk tengok Culture dorang.. lagi satu nak sangat pergi Kintamani Valcano & ULUWATU... aku tengah tengok2 pakej..

Menulis macam ni memang akan membuahkan perasaan menyampah dan umpat keji seolah-olah nak berlagak.. tapi kenyataannya aku yakin ada ramai kat luar tu .. suka google tips dan cara mengadakan percutian yang berjaya secara berbaloi, Puashtai & berjimat. Mungkin rata-rata mengannggap benda ni sume tak penting.. pergi je.. tapi bagi aku s angat penting. Membuat perancangan sangat penting.. melainkan korang jutawan.. maknanya duit dalam akaun simpanan korang lebih dari 4 ke 5 juta.. hehehe sejuta pun dah cukup.. tapi dengan sejuta macam-macam kita nak buat.. bukanlah duit dividen ASB bukanlah duit Loan Bank.. atau pun bukan lah keuntungan Unit Trust yang setakat 50k atau pun duit Bonus husband kita yang 7 bulan gaji itu kakakaka.. Kalau cukup berjuta duit korang.. takpe.. esok nak gi book lah tiket dan penginapan hari ni.. kalau setakat diatas.. silalah rancang bebetul percutian korang... macam aku ni. 3k tu jalan hotel dan penginapan,makan & belanja.. walau bagaimana pun kita adalah beruntung kalao buat sume ni berperingkat.. book flight dulu, kendian hotel, kendian tour..

Untuk bajek setakat kiraan
Flight + Hotel+Airport Transfer adalah RM471 untuk kami tiga beranak. Alhamdulillah.. insyallah aku akan bajek untuk tour hanya RM500 sahaja.. jadi dia masih dalam bajek.. aku akan cube jayakan supaya tak lebih 2k... sebab bajek nye adalah 3k.. kalau berjaya bajek bawah 2k.. maknanya aku berjaya rancang percutian yang berbaloi... Rata-rata pakej untuk Ground saja (Hotel & Tour) mencecah RM800/per head. kalau termasuk flight ticket kalau bukan tambah murah RM1,400/per head. Janji ia akan merugikan kita kan?

JADI RANCANG PERCUTIAN ANDA!!!!!
Aku akan mengharuskan diri aku ke sini
Juga Ini.Nak sangat tengok Kintamani Valcano ini tak tau lah sempat tak??
Ubud perjalanan aku Free.. dnegan membeli airport transfer by airasia..

P/S: Kita merancang tuhan yang menentukan..
manjadda.. wa jadda
Siapa bersungguh-sungguh pasti dia akan dapat


2 comments:

  1. pekehal pulak berlagak nyer wana. info kan bagus untuk dikongsi. secara tak langsung...kita pun dpt idea kan kan kan. lagi lagi cam aku yg blurr lagi malas. mihahaha

    lain lah kot tak merase pergi tuh yg rase cam toot toot toot tu haha.

    ReplyDelete
  2. Choo: alah manusiakan macam-macam tengok je bajek ciput kite... kadang pk kita ni takde standard.. bile kita bajek tinggi dia kata kite eksen bongkak berlagak... hehehe janji misi aku nak berblog adalah tuk dapatkan yang terbaikkk dan berbaloi dan dikongsikan

    ReplyDelete

Celoteh anda

Anda Mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails